Oleh: Mohd. Faizal Jamil
Pemberontakan rakyat Sarawak menentang pemerintahan Pangeran Makhota, penabalan James Brooke sebagai Raja Sarawak yang pertama, pemberontakan orang Cina, pendudukan tentera Jepun dan pemberontakan terhadap pemerintahan Crown Colony memberikan gambaran betapa negeri Sarawak berdepan dengan pelbagai cabaran sebelum muncul sebagai negeri maju di Pulau Borneo.
Sesungguhnya kesengsaraan dan keperitan hiduplah yang mengajar rakyat Sarawak erti sebuah perjuangan. Lahirlah beberapa orang pemimpin berwibawa menyuntik semangat rakyat untuk mempertahankan kedaulatan bumi Sarawak. Ikutilah perjuangan sejati yang berlatarbelakang sejarah negeri Sarawak dalam penceritaan yang kreatif dan menarik dalam Katarsis Perjuangan.
Cerita Rakyat Korea
Susunan & Suntingan: Zubaidah Ibrahim-Bell
Dalam masyarakat Korea, cerita rakyat merupakan satu cara menyampaikan ajaran dan panduan kepada anak-anak tentang bagaimana untuk hidup mulia dan berbudi tinggi. Ajaran yang amat ketara dalam kebanyakan cerita rakyat ialah mereka yang baik akan dibalas baik manakala yang jahat, tamak dan kejam pula akan dibalas dengan keburukan. Hubungan kekeluargaan juga sangat dititikberatkan, justeru adik-beradik dan suami isteri sering digambarkan sebagai saling menyayangi manakala anak-anak pula menghormati ibu bapa.
Cerita Rakyat Korea ini menampilkan beberapa kategori cerita rakyat Korea yang mungkin mempunyai persamaan dengan cerita rakyat Malaysia atau negara lain di timur dan juga di barat. Koleksi cerita rakyat ini diharap dapat
menambah dan memperkaya khazanah bahan bacaan kanak-kanak di Malaysia.
Mawar Emas (Bunga Rampai Sastera Rusia)
Penyelenggara & Penterjemah: Victor Pongadev
Kelahiran Mawar Emas merupakan satu lagi usaha membuka tembok halangan dan membenarkan khalayak kita memahami sastera asing melalui bahasa ibunda yang kita fahami, iaitu bahasa Melayu.
Sebuah antologi karya yang sarat dengan pelbagai bentuk sastera seperti kisah dongeng, cerpen, puisi, teka-teki dan peribahasa daripada penulis sastera Rusia. Lontaran idea dan bentuk penulisan yang pelbagai ini menyediakan kerencaman nada menjadikan Mawar Emas sebuah antologi yang harus diterokai.
Jadilah pelajar pertama yang membaca buku-buku ini Perpustakaan SM St John! =]
No comments:
Post a Comment