Membina Pelajar Cemerlang: Evolusi Pembelajaran Sepanjang Hayat
Tajul Ariffin Nordin, Roslee Ahmad, Rahimawati Abd. Rahman
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor darul Ta’zim, 2007
Memperoleh kecemerlangan merupakan impian semua pelajar institusi pengajian, sama di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. Menjadi pelajar cemerlang dalam dekad ini bukan sahaja memerlukan darjah kecerdasan (Intelligence Quotient (IQ)) yang tinggi bahkan memerlukan strategi, perancangan dan kekonsistenan dalam belajar. Kejayaan lebih bermakna jika kecemerlangan pembelajaran berlaku secara berterusan yang diseimbangi dengan pembangunan akhlak (Spiritual Quotient) dan kecemerlangan emosi (Emotional Quotient) sebagaimana diharapkan ibu bapa, pendidik dan pensyarah.Buku ini mengutarakan isu scenario masa kini dunia pendidikan seperti meritokrasi, keperluan bahasa Inggeris dan pengangguran di kalangan siswazah. Panduan kecermelangan meliputi ciri-ciri pelajar cemerlang, permasalahn pelajar, pemilihan makanan, adab menuntut ilmu, menjaga akhlak, kemahiran pengurusan masa, kemahiran menggunakan memori dan kemahiran menangani tekanan.
Pendidikan Seks: Suatu Perspektif Sosial
Amir Hassan Dawi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, 2009
Pendidikan Seks: Suatu Perspektif Sosial adalah sebuah buku yang secara khusus membicarakan seks dalam konteks Malaysia. Pendidikan Seks sebenarnya telah menjadi suatu isu yang kontreversi dalam masyarakat. Sementara terdapat pelbagai pihak-pihak yang melobi untuk memperkenalkan pendidikan seks, terdapat pula pihak-pihak yang menentangnya.Dalam masa yang sama, fenomena-fenomena sosial melanda masyarakat. Seringkali pula generasi muda pula dikaitkan dengan masalah-masalah sosial berkenaan. Apakah penghalang kepada pendidikan seks, mengapakah ia perlu, apakah kandungannya dan bagaimana perlaksanaannya adalah antara perkara-perkara yang dihalusi dalam buku ini. Dalam penulisannya, penulis telah meneliti pendidikan seks daripada pelbagai perspektif; seperti daripada sudut agama, pandangan secular, kenyataan pihak berkuasa dan situasi golongan remaja. Analisis juga berpandukan kajian-kajian persepsi remaja yang telah dilakukan oleh penulis. Penyampaian diselitkan dengan unsur-unsur interaktif yang merangsang minda. Di akhir buku ini, penulis telah cuba merumuskan suatu kerangka pendidikan seks yang difikirkan sesuai dalam konteks masyarakat Malaysia.
Siri Kaunseling Remaja: Lari Dari Rumah
Rizman Samary Ahmad, Linda Saleh, Penerbit Sumber Ilmu, 2008
Peringkat umur remaja adalah suatu peringkat yang mencabar dalam kehidupan seseorang manusia itu. Pada peringkat ini, mereka mula terdedah kepada pelbagai kegiatan dan hakikat kehidupan yang memerlukan mereka membuat satu keputusan yang bijak, yang bakal mencorakkan masa hadapan mereka. Pada peringkat usia beginilah, mereka kelak bakal berhadapan dengan pelbagai cabaran yang memerlukan kekuatan tekad dan azam, yang bakal membimbing mereka keluar daripada belenggu masalh dan kemelut. Siri Kaunseling Remaja ini memuatkan 8 judul buku yang berkaitan dengan pelbagai maslah yang dihadapi oleh remaja di negara ini.
Industri Tani Malaysia: Bioteknologi
Mahani Abu Bakar, Pustaka Segar, 2008
Malaysia meletakkan sektor pertanian sebagai penjana ekonomi negara. Dalam menggiatkan usahanya ke arah sebuah negara pertanian yang maju, kerajaan telah memperkenalkan kaedah moden bercirikan teknologi dalam pertanian. Beberapa kaedah baru dalam teknologi pertanian telah ditemui.
No comments:
Post a Comment